Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua Suami Isteri tersebut perlu mengqada’ puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) Seperti :

  1. Memerdekakan seorang hamba mukmin
    sekiranya tidak mampu
  2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus kalau tidak berdaya
  3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin
    walau bagaimana pun, jika persetubuhan itu di lakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya di paksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat

14). Tingkatan puasa

  1. Puasa umum – sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak
  2. Puasa khusus – memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari pada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
  3. Puasa khusus alkhusus – merangkumi puasa di atas dan di sempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin

15).Mereka yang di benarkan meninggalkan puasa

  1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keudzuran
  2. Orang musafir
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah
  4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
  5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri/anak yang di susui itu

Selamat Menjalani Ibadah Shaum
Semoga Shaum Pada tahun ini mendapatkan berkah dan rahmat dari Allah Swt Mendapatkan lailatul qadar.


0 Komentar

Tinggalkan Balasan

Avatar placeholder

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *